Monday, February 21, 2011

Surau Al Hidayah


TAJUK
Sejarah dan kegiatan surau Al Hidayah di taman Melur.

DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU 151

DISEDIAKAN OLEH:
Mohammad Juhaidi bin Joahari
No Matrik:2010413444
Kumpulan:ASD2En

PROGRAM
Diploma Sains Gunaan


ISI KANDUNGAN

1. Abstrak
2. Pendahuluan
3. Konsep Sejarah
4. Penubuhan surau
5. Peranan dan aktiviti surau
6. Masalah dan penyelesaian
7. Penutup
8. Bibliografi




ABSTRAK
Surau Al Hidayah adalah tempat untuk umat Islam beribadah tidak kira penduduk di kawasan itu mahupun di luar kawasan.Tetapi focus surau ini adalah di kawasan taman ini sahaja.Surau ini menjadi alternatif untuk penduduk melakukan ibadah secara berjemaah disebabkan masjid agak jauh dari taman ini.Ia menjadi tempat kedua untuk melakukan ibadat selain di masjid.Dengan adanya aktiviti di surau ini,hubunan silturahim diantara penduduk semakin rapat dan saling mesra dan saling mengetahui satu sama lain dengan lebih mendalam.Surau berbeza dengan masjid yang menjadi tumpuan orang ramai disebabkan oleh kebanyakkan jemaah adalah jemaah dari luar yang singgah untuk menunaikan solat jemaah bersama-sama.Aktiviti yang dijalankan di surau seperti ceramah,tajwid,bacaan al Quran,fiqh,sambutan hari-hari Islam,korban, dan berbagai-bagai lagi.Hampir kesemua aktiviti yang dijalankan disurau adalah dijayakan oleh ahli jawatankuassa surau.Ini dibantu oleh penduduk tempatan untuk menjayakan lagi aktiviti yang disediakan.Sumbangan dari pihak-pihak tertentu juga menjadikan aktiviti menjadi lebih meriah dengan terdapat penaja dari luar.Peranan surau juga menjadi lebih besar untuk mengadakan aktiviti-aktiviti tentang keagamaan.Surau di taman ini juga tidak terdapat banyak masalah yang timbul.Ini tidak menjadikan surau ini sebagai tempat yang mempunyai masalah pada struktur disebabkan surau ini diperbuat daripada kayu dan dari rumah yang dibeli yang dipasang semula.Kesimpulannya,surau ini amat penting dalam menjadi tulang belakang taman ini terutamanya apabila adanya aktiviti yang berkaitan berkenaan dengan Islam.Kebanyakkan akiviti yang dijalankan adalah beraitan dengan agama semata-mata di samping menjalin hubungan yang baik diantara penduduk setempat.



PENDAHULUAN

Segala puji untuk Allah yang menjadikan umat Islam zaman sekarang sebagai umat Nabi Muhammad,umat akhir zaman yang mempunyai kemuliaan dan kelebihan yang besar.Pada masa sekarang,manusia mendapat pelbagai dugaan daripada Allah S.W.T.Oleh itu,manusia hanya mengejar keduniaan daripada akhirat.Pada tajuk ini,surau Al Hidayah di taman Melur memainkan peranan kepada setiap penduduk setempat dia taman ini.Tajuk ini akan membicangkan tentang sejarah dan kegiatan surau yang dijalankan di sini.Surau adalah salah satu tempat beribadah untuk umat Islam terutama pada penduduk setempat.Hampir kesemua taman ataupun kampung didirikan surau untuk tempat berjemaah besama penduduk setempat.Ini juga salah satu alternatif kepada penduduk yang tidak dapat menunaikan solat di masjid oleh sebab-sebab yang tertentu.Surau juga memainkan peranan dalam mewujudkan aktiviti seperti ceramah agama,gotong royong dan lain-lain yang membolehkan penduduk setempat saling merapatkan silaturahim diantara mereka.Melalui ini,sejarah surau di taman akan dapat diketahui secara lebih terperinci.Surau juga adalah salah satu tempat dimana berhimpnnya penduduk setempat untuk membuat sesuatu aktiviti ataupun program kemasyarakatan.Surau juga dijadikan tempat untuk menuntut ilmu agama disamping fardhu ain dan fardhu kifayah.Perbezaan diantara surau dengan masjid adalah sangat berbeza dari pelbagai aspek.Surau adalah tempat yang penting walaupun tidak banyak manfaat boleh dipraktikkan sepeti masjid.




KONSEP SEJARAH
Sejarah adalah peristiwa yang berlaku pada masa lepas atau lampau.Tetapi pada konsep pengertian ini,sejarah surau bermaksud tentang penubuhan surau di taman ini.Penubuhan surau di taman ini amat penting untuk mengetahui tentang asal-usul terbinanya surau di taman ini.Ia juga menjadi lambang bahawa dia taman ini terdapatnya penduduk yang beragama Islam.Surau adalah tempat penting untuk berkumpulnya umat Islam untuk melakukan solat berjemaah beramai-ramai di samping mendekatkan diri dengan Allah S.W.T.

Penubuhan surau dianggap tidak penting bagi segelintir golongan,tetapi ini akan menjadi penting jika terdapat hal-hal yang mustahak.Surau juga menjadi antara tempat terpenting terutama jika berkaitan dengan hal agama.Di sini lah tempat yang paling sesuai untuk dibincangkan besama-sama penduduk tetapi tidaklah sehingga menggangu solat berjemaah ataupun aktiviti yang dijalankan oleh ahli jawatankuasa surau.




PENUBUHAN SURAU

Surau ini dinamakan surau al Hidayah.Surau ini ditubuhkan pada tahun 2006 dan diusahakan pada tahun 2004.Surau ini sebenarnya bukanlah dibina sendiri oleh penduduk setempat tetapi surau ini adalah sebuah rumah yang dipasang semula selepas dibeli dengan sumbangan daripada penduduk setempat.Dikatakan bahawa sebanyak 4 ribu ringit untuk membeli rumah yang akan diajadikan surau.Rumah atau surau ini dipasang secara gotong royong oleh penduduk taman.Ada juga insan yang sudi menghulur  derma secara individu untuk membina surau ini.

Untuk terbinanya surau ini,ahli parlimen Kubang Pasu telah memberi sumbangan dari segi khemah,tandas,kerusi dan meja,tempat wuduk dan tar yang beranggaran sebanyak 25 ribu.Selain itu,terdapat juga sumbangan daripada individu yang baik hati yang sedikit sebanyak meringankan beban dengan membayar segala bil-bil air dan api surau ini.Terdapat juga sumbangan dari luar yang juga membantu dalam penubuhan surau ini.Kerjasama diantara penduduk membolehkan surau ini terbina dengan sempurnanya.Surau ini juga mendapat sumbangan dari segi peralatan-peralatan yang digunakan untuk menjadikan sebuah surau yang lengkap dengan pembesar suara,kipas,lampu dan berbagai-bagai lagi.Selain itu,buku-buku agama,Al Quran, juga disumbangkan hasil dari penduduk setempat.Imam utama surau ini ialah Imam Ismail Md Saman.Beliau berkhidmat sejak surau ini dibina sehingga hari ini.



PERANAN DAN AKTIVITI SURAU

          Di taman ini,terdapat pelbagai peranan dan aktiviti surau yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa dengan bantuan daripada penduduk setempat.Surau ini juga banyak menjalankan aktiviti keagamaan.Walaupun hanya surau,tetapi ia memainkan banyak peranan dalam mengeratkan hubungan diantara penduduk-penduduk taman ini.

Terdapat pelbagai aktiviti keagamaan dijalankan antaranya ialah kuliah agama pada setiap minggu.Terdapat bidang atau ceramah yang berlainan pada setiap minggu.Penyampai ceramah-ceramah juga berlainan diikuti dengan ceramah yang mereka sampaikan pada pendengar atau jemaah-jemaah surau.Bidang yang disampaikan adalah bidang fiqh,tasauf,adab,hadith,al Quran dan tajwid.Semua ceramah yang disampaikan adalah merupakan satu mesej yang penting dan kesedaran yang mendalam disamping mempelajari tentang hal-hal agama.Penyampai ceramah juga merupakan individu yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dalam bidang agama.Selain itu,apabila hampir tiba hari-hari yang tepenting dalam Islam seperti awal muharram,hari raya puasa,hari raya korban,maulidur Rasul,terdapat ceramah yang disampaikan berkenaan aktiviti atau hari penting Islam yang akan datang.Ceramah ini juga disampaikan bukan sahaja pada jemaah lelaki tetapi juga pada jemaah wanita.Ceramah ini juga memainkan peranan yang penting dalam membentuk sahsiah diri yang tinggi terhadap Islam.Ia juga boleh menyatukan penduduk dengan membentuk kerjasama diantara penduduk setempat.

Selain itu,aktiviti yang dijalankan dia surau ini ialah sambutan maal hijrah,maulidur Rasul,raya korban,isra mikraj,dan hari-hari penting dalam Islam.Semua disambut di surau ini.Ia menjadi satu tempat utama aktivti berkaitan Islam dijalankan.Kebanyakkan aktiviti ini diprogramkan oleh ahli-ahli jawatankuasa masjid dengan bantuan penduduk setempat.Bagi menjayakan lagi program seperti ini,sumbangan daripada pihak tertentu diterima untuk memeriahkan lagi program ini yang berkaitan dengan Islam.Progaram solat sunat terawih juga dijalankan di surau ini.Kebiasaanya kesemua surau menjalankan solat sunat terawih.Surau ini juga menjalankan solat sunat aidiladha dan solat sunat aidilfitri.Pada hari raya korban di surau ini,aktiviti korban dijalankan selepas menunaikan solat sunat aidiladha,setiap tahun surau ini melakukan aktiviti penyembelihan apabila tibanya waktu hari raya korban.Sebanyak 3 hingga 5 ekor lembu disembelih hasil daripada individu yang bernazar dan daripada himpunan duit penduduk setempat.Hasil daripada ini juga merapatkan silaturahim dan saling mengenali dia antara satu sama lain.Pada hari raya korban juga menjadikan surau tempat berkumpulnya penduduk Islam dengan meriahnya.Majlis berbuka puasa dijalankan di dataran surau.Kesemua penduduk Islam di taman ini digalakkan datang bersama keluarga atau individu untuk bersama-sama berbuka dan seterusnya menunaikan solat sunat terawih di surau berkenaan.Ini meringankan beban bagi sesetengah golongan yang berbuka puasa berseorangan.Aktiviti berbuka puasa juga adalah salah satu aktiviti yang meriah kerana melibatkan penglibatan dalam kesemua penduduk Islam di taman ini.

Antara peranan atau aktiviti surau di taman ini adalah pengajian fardhu ain dan kifayah terhadap kanak-kanak atau anak-anak yang sudi meluangkan masa untuk mempelajari ilmu agama.Aktiviti ini dianjurkan oleh ahli jawatankuasa wanita surau.Ini juga akan menyemai anak-anak dengan nilai-nilai murni serta menambah ilmu pengetahuan agama Islam.Ibu bapa di sini juga tidaklah begitu bimbang jika mereka sibuk dengan urusan pejabat kerana anak-anak akan meluangkan masa besama-sama para pengajar dalam mengetahui ilmu-ilmu agama.Di samping itu,bagi pelajar-pelajar yang cemerlang yang menghuni di taman ini akan mendapat sumbangan ikhlas untuk menghargai penat lelah dan pengorbanan dalam mendapat keputusan yang cemerlang.Ini akan menjadi pembakar semangat untuk pelajar-pelajar atau anak-anak yang lain yang menetap di taman ini.Tambahah lagi,sumbangan terhadap ahli keluarga yang meninggal juga turut diberi hanya kepada penduduk Islam dan penduduk taman ini sahaja.Dianggarkan sebanyak rm500-rm600 disumbangkan kepada keluarga yang ada kehilangan nyawa.Wang ihsan ini dikutip sebnyak rm10 pada setiap rumah di taman ini dan atas rasa ikhlas dan ihsan.Sumbangan ini juga turut disertai oleh ahli jawatankuasa surau.Ini salah satu cara untuk penduduk menunjukkan rasa simpati terhadap keluarga mangsa.Dengan cara ini,ahli keluarga yang susah akan merasakan tidak begitu beban kerana adanya sumbangan dari penduduk setempat.Setahun sekali penduduk akan membuat gotong royong untuk membersihkan kawasan surau dan surau.Ini melibatkan kebanyakan penduduk setempat untuk bersama turun memberi kerjasama yang baik untuk menjalankan aktiviti gotong royong di surau.





CARTA ORGANISASI SURAU AL HIDAYAH





MASALAH DAN PENYELESAIAN

         
Disurau ini tidak terdapat banyak masalah yang dapat dihuraikan.Masalah yang menimpa surau ini adalah kekurangan jemaah yang menunaikan solat secara berjemaah di surau.Ini kerana kebanyakkan keluarga disini sibuk berkerja.Suami dan isteri juga bekerjaya.Oleh sebab yang demikian,surau ini kekurangan para jemaah untuk menunaikan solat fardhu.Masalah ini tidaklah dapat diselesaikan dengan sepenuhnya,tetapi dengan program yang banyak diperkenalkan seperti ceramah agama diharapkan dapat menarik minat penduduk untuk datang ke surau untuk menunaikan solat secara berjemaah.
           
            Selain itu,masalah ini sering terjadi pada kebanyakkan surau dan masjid iaitu kecurian duit tabung.Masalah ini juga turut berlaku pada surau di taman ini.Oleh itu,pintu masjid dikunci untuk mengelakkan kecurian.Duit yang terdapat di dalam tabung juga dikeluarkan dan disimpan di tempat yang lebih selamat.

            Disurau ini tidaklah terdapat banyak masalah-masalah besar seperti kerosakkan tandas atau bekalan elektrik dan air terpotong.Hanya dua sahaja masalah yang berjaya dicatatkan pada masa ini.Ini juga mendatangkan kebaikan jika tidak terdapat pelbagai masalah yang timbul.


PENUTUP

          Kesimpulannya,surau di taman ini aktif juga dari segi aktiviti yang berkaitan dengan agama.Aktivi-aktiviti ini juga mewujudkan suasana yang boleh mendatangkan kerjasama di antara penduduk dan akan merapatkan silaturahim di antara penduduk.Surau ini juga memainkan banyak peranan kepada penduduk setempat.Boleh dikatakan  bahawa kesemua hari-hari penting Islam disambut dan dirai oleh penduduk Islam tempatan di surau ini.Jika dilihatkan kepada keadaan surau yang kian uzur,tetapi ini tidak menjadi alasan untuk membuat aktiviti-aktiviti yang berfaedah.Uniknya surau ini ialah ia bukannya dari pembinaan surau yang sempurna tetapi dari rumah yang dibeli dengan sumbangan dari penduduk dan dibina semula untuk menjadikan surau.Penduduk disini juga saling jua bekerjasama dan saling bekerjasama untuk menjayakan aktiviti yang dianjurkan oleh ahli jawatankuasa surau.Ini menunjukkan sikap yang baik dan bertamadun yang ditunjukkan oleh penduduk-penduduk setempat.Sejarah surau ini tidak dapat diterangkan lebih lanjut disebabkan surau ini baru sahaja dibina..Oleh yang demikian,hanya beberapa peristiwa tentang pembinaan surau dapat dijadikan sejarah


.


BIBLIOGRAFI



Imam utama surau Al Hidayah:Imam Ustaz Ismail Md Saman.
Beliau dilantik sebagai imam utama di surau sejak pembukaan surau.
Beliau juga dilantik sebagai penasihat di surau selain menjadi imam.
Berasal dari Padang Sera,Kedah.
Bekerja sebagai penyarah di beberapa universiti termasuk uitm arau sebelum bersara dan menjadi imam
Pernah belajar dia Maktab Mahmud,Alor Star.Beliau meneruskan pembelajaran di Kolej Islam Malaya dan menyambung belajar di mesir di Universiti Al Azhar mengambil bidang fiqh dan usuluddin.